Monday, December 20, 2010

Pengalaman Melancong



Terasa indahnya melihat alam ciptaan tuhan. Pengalaman melancong ke Gold Coast, Australia merupakan langkah pertama setelah 3 bulan saya berkecimpung dalam dunia perniagaan Premium Beautiful bersama Hai-O Marketing Sdn. Bhd. Tanpa mengeluarkan wang untuk bayaran tiket kapal terbang, hotel, makan/minum, pengangkutan, masuk taman tema dan lain-lain adalah sesuatu yang istimewa. Duit belanja sendiri dibawa bagi membeli barang-barang/cenderahati di sana.

Kami berkumpul bersama-sama di KLIA sebelum berlepas ke Brisbane. Flight transit seketika di Sydney. Penerbangan pertama saya adalah pada tahun 1986. Pada masa itu, masih lagi berkongsi passport bersama mama. Sudah lebih 20 tahun tidak menaiki kapal terbang, jadi hati begitu teruja untuk merasai kembali pengalaman itu. Jelas terpancar di wajah masing-masing akan keseronokan melancong bersama-sama..
Antara tempat-tempat menarik yang kami pergi adalah Dreamworld, Movie World, Harbour Town Shopping, Naik cruise sambil menikmati hidangan Fish & Chips dan ketam yang lazat, Honeyworld, di sini kami dapat menikmati freeze banana disaluti coklat & merasai pelbagai jenis madu lebah, mengunjungi Masjid, berjalan-jalan di Surfers Paradise dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami lawati. Kami menginap di Watermark Hotel & Spa hanya berjalan kaki ke Restoran Maharani untuk makan malam dan mengunjungi kedai-kedai untuk membeli belah. Suasana malam begitu dingin sekali dan saya mengambil kesempatan mengenakan sehelai baju sejuk yang dibeli di sini, cute..warna merah ada gambar koala bear di sudut atas! Tak lupa juga ada kebab yang paling sedap yang tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini.



Tahun berikutnya destinasi kami ke Seoul, Korea. Seramai 800 orang usahawan telah diterbangkan ke Korea. Setibanya di Incheon Airport, kami disambut oleh gadis-gadis manis yang sopan memakai pakaian tradisional korea. Apabila tiba di sana, kami dapat merasai sendiri pengalaman salji yang memutih. Kami berpeluang bermain ski, mengunjungi Taman Tema Everland, Istana Kyongbok, Outlet & Amethyst Factory, National Ginseng, Mengunjungi Masjid di Itaewon, The Face Shop, Kedai Kain Sutera Korea dan menginap di Seoul Garden Hotel. Acara wajib kami shopping di Nam Dae Mun Market. Di sini memang merambangkan mata saya dengan melihat pelbagai aksesori wanita dijual di sini, stokin-stokin kasut yang cantik-cantik pendek kata, kalau ada peluang lagi ke sini, saya mahu sehari suntuk berada di situ sahaja tanpa pergi ke tempat lain. Ianya seolah-olah syurga membeli-belah bagi kaum wanita. Selain daripada itu, ada juga jualan pakaian, cenderamata korea, buah-buahan dan macam-macam lagi. Kami juga berpeluang membuat kimchi (makanan tradisi korea) di Kimchi School dan memakai pakaian tradisional Korea. Sempat juga kami merasai susu ginseng.

Syukur Alhamdulillah, kami sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, kami juga sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Seterusnya kami dapat mengenali siapa pencipta kepada semua ini. Inilah nikmat yang telah Allah S.W.t kurniakan kepada kita. Ingin menikmati atau merasai sendiri pengalaman percutian ke luar negara yang menarik? Marilah bersama-sama kami, anggerikmylia@gmail.com






No comments:

Post a Comment

Post a Comment