Thursday, December 23, 2010

Promosi Produk

Booth Jualan Produk dibuka selama 2 hari bagi memperkenalkan set produk kecantikan La Praise dan Krim Kecantikan Bio Ever formulasi dari Switzerland. Harga mampu milik bagi setiap wanita/lelaki untuk semua jenis kulit. Keterangan lanjut mengenai produk sila ke side bar menu klik 2010 - June.




Monday, December 20, 2010

Pengalaman Melancong



Terasa indahnya melihat alam ciptaan tuhan. Pengalaman melancong ke Gold Coast, Australia merupakan langkah pertama setelah 3 bulan saya berkecimpung dalam dunia perniagaan Premium Beautiful bersama Hai-O Marketing Sdn. Bhd. Tanpa mengeluarkan wang untuk bayaran tiket kapal terbang, hotel, makan/minum, pengangkutan, masuk taman tema dan lain-lain adalah sesuatu yang istimewa. Duit belanja sendiri dibawa bagi membeli barang-barang/cenderahati di sana.

Kami berkumpul bersama-sama di KLIA sebelum berlepas ke Brisbane. Flight transit seketika di Sydney. Penerbangan pertama saya adalah pada tahun 1986. Pada masa itu, masih lagi berkongsi passport bersama mama. Sudah lebih 20 tahun tidak menaiki kapal terbang, jadi hati begitu teruja untuk merasai kembali pengalaman itu. Jelas terpancar di wajah masing-masing akan keseronokan melancong bersama-sama..
Antara tempat-tempat menarik yang kami pergi adalah Dreamworld, Movie World, Harbour Town Shopping, Naik cruise sambil menikmati hidangan Fish & Chips dan ketam yang lazat, Honeyworld, di sini kami dapat menikmati freeze banana disaluti coklat & merasai pelbagai jenis madu lebah, mengunjungi Masjid, berjalan-jalan di Surfers Paradise dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami lawati. Kami menginap di Watermark Hotel & Spa hanya berjalan kaki ke Restoran Maharani untuk makan malam dan mengunjungi kedai-kedai untuk membeli belah. Suasana malam begitu dingin sekali dan saya mengambil kesempatan mengenakan sehelai baju sejuk yang dibeli di sini, cute..warna merah ada gambar koala bear di sudut atas! Tak lupa juga ada kebab yang paling sedap yang tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini.



Tahun berikutnya destinasi kami ke Seoul, Korea. Seramai 800 orang usahawan telah diterbangkan ke Korea. Setibanya di Incheon Airport, kami disambut oleh gadis-gadis manis yang sopan memakai pakaian tradisional korea. Apabila tiba di sana, kami dapat merasai sendiri pengalaman salji yang memutih. Kami berpeluang bermain ski, mengunjungi Taman Tema Everland, Istana Kyongbok, Outlet & Amethyst Factory, National Ginseng, Mengunjungi Masjid di Itaewon, The Face Shop, Kedai Kain Sutera Korea dan menginap di Seoul Garden Hotel. Acara wajib kami shopping di Nam Dae Mun Market. Di sini memang merambangkan mata saya dengan melihat pelbagai aksesori wanita dijual di sini, stokin-stokin kasut yang cantik-cantik pendek kata, kalau ada peluang lagi ke sini, saya mahu sehari suntuk berada di situ sahaja tanpa pergi ke tempat lain. Ianya seolah-olah syurga membeli-belah bagi kaum wanita. Selain daripada itu, ada juga jualan pakaian, cenderamata korea, buah-buahan dan macam-macam lagi. Kami juga berpeluang membuat kimchi (makanan tradisi korea) di Kimchi School dan memakai pakaian tradisional Korea. Sempat juga kami merasai susu ginseng.

Syukur Alhamdulillah, kami sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, kami juga sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Seterusnya kami dapat mengenali siapa pencipta kepada semua ini. Inilah nikmat yang telah Allah S.W.t kurniakan kepada kita. Ingin menikmati atau merasai sendiri pengalaman percutian ke luar negara yang menarik? Marilah bersama-sama kami, anggerikmylia@gmail.com






Sunday, July 25, 2010

Testimoni Pengguna Foot Detox Patch

Testimoni pengguna banyak di Putrajaya, of course lah sbb saya menetap di Putrajaya, so, orang di Putrajaya mudah untuk dapatkan barang dari saya. Berikut adalah beberapa testimoni customer saya :

Farizan,Putrajaya
~ Suami guna yg utk kaki..saya guna yg slimming letak kat pusat mmg best..rasa ringan badan. nanti kita jumpa lg. salam.

Ahsikin,Sabah
~Dulu tumit kaki skit, tp dh krg la..Rmai juga kwn2 sy nk try.

Ninie,Putrajaya
~Slm kak..btul lah..pkai kt pusat lg bgus..ninie dh start pakai dri smlm..spi la skang..mmg pnuh kat patch tue..still warna coklat tp mmg ade kuar lendir..

Ili,Putrajaya
~Ili akn pakai patch tersebut pd hari ili pergi gym. So far pd diri ili, plg byk toksin kluar bila ili tampalkan pd tapak kaki. baru 2 jam pakai semasa berjalan, berlari n mengayuh basikal toksin keluar dgn byk skali smp penuh n berlendir2. Bila blk, ili mandi rasa bdn ringan sgt n fresh. Ili sgt suka produk ini. habis patch nanti, ili order lg. Tq akak ;)

Oda,N9
~Saya dh pkai..Alhamdulillah, tdo lena. So far, mmg de byk toksin.

Rehan,Putrajaya
~lps guna, pagi sok tu rasa cam ringan jer kaki nk jalan..sengal2 kat kaki pun leh ilang la..Takda rasa sakit2 ke hape..kalo sape yg suka jln2 jauh tu leh la try. mmg ok la setakat saya guna.

Anne,Putrajaya
~ yg letak kt perut tu mmg pakai kuar lendir gak cam letak kat kaki..tp pakai lama la bkn sekejap..perut kempis la sket compare ngan yg dulu2..cam bengkung PB tu N pakai butang yg last(tu menunjukkan N kurus sket)

Monday, June 21, 2010

Herba Maharani



HERBA MAHARANI (Te Zhi Bai Feng Wan)

HARGA : RM 65.00

Antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan tertua khusus untuk wanita. Ramuan khasnya telah menyerlahkan kehebatan dan keterampilan wanita sehingga kini. Herba Maharani masih tetap menjadi pilihan utama dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita di seluruh dunia. Amalan berterusan akan memanfaatkan kesihatan keseluruhan.

SEJARAH HERBA MAHARANI :

HERBA MAHARANI dahulu dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan telah dibawa masuk untuk pasaran Malaysia pada tahun 2001 semasa usahasama Negara China dan Malaysia. ( Diluluskan oleh KKM-MAL 20014419T ) dan halal.

Menurut rekod perubatan China, HERBA MAHARANI telah diamalkan lebih 3000 tahun dahulu ( zaman dinasti Tang ) dan hanya untuk kegunaan kerabat diraja sahaja. Pada tahun 1669 Syarikat Tong Ren Tang telah dilantik bagi memelihara dan memasarkan khazanah perubatan khusus untuk wanita ini ke seluruh dunia. Sehinggakan tahap jualannya mencecah RM 2.7 Billion setahun.

Mengikut rekod perubatan dari Dinasti Ming, Bai Feng Wan berasal dari Dinasti Tang. Semasa pemerintahan Dinasti Qing, pakar dari hospital maharaja telah melakukan kajian dan memperbaiki kandungan 'Wuji' (sejenis ayam hitam) Bai Feng Wan , satu produk asli negeri China dan seterusnya melantik Tong Ren Tang sebagai pembekal tunggal kepada kaum kerabat maharaja. Seterusnya Herba Maharani sehingga hari ini telah dipamerkan dalam muzium Istana Larangan di Peking.

Fungsi :
• Untuk keputihan,mengatur peredaran haid,melegakan senggugut.
• Untuk menguat & mengecutkan rahim, sistem peranakan dan untuk amalan selepas bersalin.
• Legakan sakit pinggang,sakit belakang,sendi,lutut,migrain,lenguh-lenguh ,angin dalam badan,kebas & urat saraf.
• Melambatkan menopous.
• Anti penuaan,awet muda & kecantikan wajah.
• Tegangkan dan anjalkan kulit, payudara,ovari, kawasan perut lepas bersalin,pinggul dan lain2.
• Tingkatkan kadar metabolisme (sel darah,minda,tekanan darah,hilangkan kelesuan/keletihan) dan kebahagian rumah tangga.


• 1 kotak ( 6 bekas)
1 bekas (1 bola) mengandungi 50 biji pil.

Thursday, June 17, 2010

Slimming Patch

Slimming Patch

Lekat di tapak kaki @ pusat untuk buang toksin dan menurunkan berat badan.

Harga : RM 25.00 sahaja satu pek (10 keping)

Cara paling malas untuk kurus!

Anda boleh makan seperti biasa..tetapi, untuk kesan yang terbaik dan lebih cepat, anda disyorkan untuk berjogging, berbasikal atau pun pergi ke gym. Jika anda menjalankan aktiviti ini, patch akan beransur-ansur menjadi gelap dan lebih mengejutkan (x perlu terkejut sbb nak bgtau nie)ada lendir berupa cloud 9 haha..jgn dimakan pula! Ianya akan mengeluarkan lendir dari pusat. Jika slimming patch ini dipakai berterusan, Insya Allah patch akan semakin lama tidak mengeluarkan kesan toksin. Maksudnya toksin kita dah kurang dan lemak juga akan berkurangan.

Jika Slimming patch yang dipakai di pusat tidak mengeluarkan apa-apa kesan, anda disyorkan untuk pakai di tapak kaki pada waktu tidur. Mengikut kajian saya, ramai mengatakan pakai di pusat adalah lebih berkesan..tp terpulanglah pada diri masing-masing..pakai di tapak kaki pun bagus juga kerana terdapat titik-titik reflex.

100% PAD DIET SEMULAJADI
Pembakar, penyerap dan penghapus lemak yang membantu memperbaiki metabolisme serta penyingkiran dan membuang toksin.

Kandungan :

Herba-Herba penyerap lemak, Bamboo Vinegar, Chitin, Tourmaline

Berkenaan Kandungan Slimming Patch:

- Mengandungi lebih drpd 20 jenis pati herba penyerap lemak yg digunakan sejak dahulu untuk diet di negara China.

- Berkesan secara terus di bahagian utama di tapak kaki dan/atau pusat secara penyerapan herba untuk pembakaran dan penghapusan lemak badan.

- Formula yang seimbang bagi program diet. Bahan-bahan lain termasuk Bamboo Vinegar, Chitin dan Tourmaline yang mana digunakan secara meluas untuk pembuangan toksin, meningkatkan kitaran mikro dlm badan, mengurangkan kolestrol dan lain-lain.

- Membebaskan ion-ion negatif dan infra merah yang mana dikenali sebagai "vitamin di udara" untuk nyahtoksin.

Mengenai Kesan Ke atas Penggunaan Pad Diet :

· Kesan-kesan penyingkiran dan pembuangan lemak serta nyahtoksin dapat dilihat serta-merta.
· Menyerap 1.7 – 1.8g lemak-lemak berlebihan bagi setiap pad .
· Kesan serta-merta pengurangan kolestrol secara penyerapan lemak dari dalam badan.
· Tempoh 10 hari untuk setiap program diet.
· Berat badan berkurangan sehingga 4kg bagi setiap program, bergantung kepada kesesuaian badan.
· Telah diuji dan teruji secara saintifik dan terbukti.
· Kesan kesihatan dan diet seimbang tanpa sebarang kesan negatif pada badan, kesan sampingan atau kesakitan berbanding program diet yang lain.

Arahan :
· Gunakan pelekat yang disediakan dan lekapkan pad pada tapak kaki atau pusat
· Ambil pelekat dan tanggalkan kertas secara berhati-hati (tinggalkan satu bahagian kecil kertas)
· Tempat yang hendak dilekatkan haruslah bersih dan kering
· Pastikan tempat itu juga bebas daripada krim sapuan, minyak untuk lekatan yang sempurna.
· Ambilkan pad slimming dan kemudian lekapkan pada bahagian tengah di pelekat. Pastikan bahawa bahagian yang mengandungi tulisan yang dilekapkan pada permukaan pelekat.
· Lekatkan pelekat yang mengandungi pad diet itu pada kedua tapak kaki atau pada pusat badan.
· Rawatan di tapak kaki memerlukan selama 10 jam - 12 jam pada setiap malam.
· Rawatan pada pusat, mulakan pada waktu pagi dan lekatkan selama 24 jam setiap selang sehari.
· BMI>25: Lekatkan pada kedua tapak kaki DAN pusat untuk program selama 10 hari.
>
Perhatian:
Perempuan mengandung, perempuan yang menyusukan bayi, pesakit yang mengidap diabetes yang serius, pesakit jantung dan tiroid yang serius adalah sama sekali dilarang menggunakan pad diet ini tanpa nasihat dari doktor atau ahli farmasi. Adalah dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat dari pakar diet terlebih dahulu untuk sebarang program diet. Tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia bawah 18 tahun. Dilarang melekatkan pada tempat luka. Tidak boleh dimakan.

Foot Detox Patch

Foot Detox Patch

Lekat di tapak kaki pada waktu malam masa nak tidur utk buang toksin.

Harga : RM 15.00 sahaja satu pek (10 keping)

Apa itu Foot Detox Patch?
Pad ini diperbuat dengan kualiti yang terbaik dari bahan-bahan semulajadi yang asli sesuai untuk kegunaan semua orang. Ianya terbukti selamat, efektif, bersesuaian dan merupakan suatu sistem rawatan luar badan yang paling ekonomi untuk menyahtoksin dari badan.

Kandungan bahan-bahan dalam Foot Detox Patch :

Bamboo vinegar Liquid : 50%
Tourmaline : 2%
Pure Silicon : 8%
Glycol : 20%
Vitamin C : 10%

Apakah kesan toksin pada badan?
Toksin dalam badan berlebihan menyebabkan lemah tubuh badan, sering jatuh sakit dan senang mengundang penyakit. Dengan gaya hidup masa kini tidak banyak membantu dalam menyahtoksin dari dalam badan. Imunisasi dalam badan bergantung kepada jumlah toksin dalam badan. Adalah penting untuk mengawal dan mengeluarkan toksin bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Adakah ianya selamat digunakan?
Ianya tidak menyalurkan bahan kimia berbahaya ke dalam badan . Ianya hanya merawat di luar badan dan hanya mengeluarkan toksin-toksin dari dalam. kandungannya tidak meresap masuk ke dalam badan. W/bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya jangan menggunakannya jikalau ianya mendatangkan kesan alergi. Ianya telah diuji serta selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang berat. Sebagai permulaan, dicadangkan menggunakan 2 pad sekaligus pada satu tapak kaki. Kesannya akan kelihatan sebaik sahaja bangun dari tidur. Pad didapati kesan kehitaman atau coklat gelap, basah dan melekit berbanding sebelumnya. Kepekatan warna menandakan jumlah toksin yang berada dalam badan.

Didatangkan dengan pelekatnya sendiri untuk dilekap pada kulit. Ianya senang dilekatkan dan ditanggalkan. Kebiasaannya, pad ini dilekapkan pada tapak kaki tetapi boleh juga dilekapkan pada mana-mana bahagian badan kecuali bahagian yang terbuka. Untuk kesan yang maksimum, pakai selama 8 jam iaitu mula pakai ketika sebelum tidur. TIDAK SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG, IBU MENYUSUKAN BAYI DAN KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN.

Krim Kecantikan Bio Ever Switzerland

Harga : RM 220
Harga ahli : RM 190

KATAKAN TIDAK KEPADA SUNTIKAN BOTOX!!

Amat menyeksakan sesetengah cara untuk kelihatan menawan. Ada di antara kesan-kesan sampingan yang kita tidak ketahui. Di dalam era yang serba moden ini, pelbagai cara dan rawatan untuk memenuhi impian setiap wanita. Wanita tidak lari dari kecantikan luar dan dalam. Hasil teknologi dan kepakaran yang hebat, maka terciptanya satu produk yang tidak menyakitkan, mudah digunakan, hasil yang pantas, saya dengan penuh semangatnya memperkenalkan Krim Kecantikan BIO EVER formula dari Switzerland khas untuk kecantikan anda!

Pemakaian yang berterusan akan dapat menjadikan bentuk wajah kelihatan lebih runcing dan mengurangkan double chin (dagu berlapis). Jika wajah sudah sedia runcing, ia boleh menjadikan kulit wajah akan kelihatan lebih gebu dan berseri. Pipi akan naik dengan cantiknya dan mengembalikan keremajaan kulit supaya tampak lebih muda..krim ini boleh saya katakan sebagai krim yang utama menjadi pilihan pada masa kini..apa taknya, sapu sahaja krim ini pada bahagian lengan dan tunggu lebih kurang 15 minit, ianya memberi kesan yang amat menakjubkan pada wajah. Tak percaya? Anda mesti cuba produk ini!

Krim kecantikan Bio Ever (All in one)

Ingin kelihatan berseri? Kulit muka menjadi gebu? Ramai yang bertanya apa itu Bio Ever..apa yang hebat tentang Bio Ever? adakah ianya krim muka atau apa..tiada rahsia lagi antara kita..

Ok, jom saya terangkan apa itu bio ever(BE) ianya adalah krim menggunakan teknologi nano yg diformulasi dari menggunakan sistem bio-teknologi (liposom) untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano, iaitu pegaga (Centella Asiatica), wild yam (Dioscorea Villosa) dan kacang soya (Glycine Soja) secara terus ke dalam saluran darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan. Pegaga memang terkenal dgn herba untuk kecantikan kulit dan awet muda..

Cara penggunaannya pula bukan disapu direct pada muka tetapi tempat di mana telah dikaji secara klinikal :

1) Untuk leher yang lebih licin dan tegap, sapu krim menghala ke atas.

2) Untuk kontur dada yang lebih tegap dan menarik, sapu krim menghala ke atas dan ke dalam.

3) Untuk lengan yang tegap dan kurus serta kulit wajah berseri, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas.

4) Untuk paha yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas.

5) Untuk abdomen, sapu krim dalam arah mengikut pusingan jam di sekeliling abdomen untuk mengawalatur metabolisme dan melegakan masalah menstrual.

6) Untuk bawah pinggang, sapu krim dalam arah menghala ke bawah untuk membantu melegakan sakit belakang dan meningkatkan stamina. Kalau di pejabat mmg sesuai, sbb kalau sapu minyak angin akan
berbau tp krim ni tidak.